IP NEWS : 17 DAYS IN JAPAN FOR INTENSIVE TRAINING ON INTELLECTUAL PROPERTY “IP”
.
Alhamdulillah…last day semalam belajar Intellectual Property “IP” di JPO/IPR Training Course for IP Practitioner specializing in TRADEMARK “TM” di JAPAN.
.
Banyak ilmu baru dipelajari dan ramai kawan baru yang bakal menjadi KOLABORATOR kami nanti ditemui. Selama 17 hari disini, rata-rata kami semua sudah jadi akrab dan mesra diantara satu sama lain, walaupun bukan sama RUMPUN but we are all HAMBA ALLAH TAALA , asalnya dari 1 bapa dan ibu Nabi Allah Adam & Hawa ❤.
.
Seramai 23 orang mewakili 10 Negara, Malaysia 2 orang, Indonesia 2 orang, Thailand 4 orang, Philipines 3 orang, Myanmar 1 orang, Cambodia 2 orang, Laos 1 Orang, Argentina 2 orang, Brazil 2 orang, India 2 orang, dan Vietnam 2 orang. Semuanya pakar IP (Trademark), samada Peguam or Practiotioner dari negara-masing.
.
Insya Allah selepas ini, @Sifutrademark akan melebarkan sayap ke negara-negara di atas dan berkolaborasi dengan kawan-kawan kami semua.
.
Kami di Sifutrademark juga mulai sekarang mempunyai hubungan rapat dengan Pemeriksa-pemeriksa TM, PATENT di JPO, Alhamdulillah. So, selepas ni jika sesiapa ingin menjalankan biz di Japan dan ingin memfailakn TM di Japan, insya Allah kamilah orang yang anda patut hubungi 🤩❤.
.
Hari ni juga diadakan majlis penutup dan pemberian SIJIL menniktiraf kami sebagai IP practitioner yang sudah mahir dalam proses pendaftaran TM di JAPAN dan diiktiraf sebagai IP FRIENDS JPO/APIC yang seramai +- 2000 orang diseluruh dunia…Alhamdulillah.
.
Insya Allah balik Malaysia nanti kami akan sebarkan ilmu ini. As promised kami akan bantu semua agar lebih faham on INTELLECTUAL PROPERTY dan perkara-perkara berkaitan COURT. Allahumma yassir…aamin ❤.
.
Nikmat mana yang nak dinafikan lagi?, Allhamdulillah ala kulli haal…Tq Allah, Tq buat semua yang mendoakan kejayaan ini especially Ibuku, Bapa & Ibu Mertuaku, Isteri dan anak-anakku, sahabat semua, warga fb yang selalu like dan komen di posting kami selama kami di Japan. Minta maaf jika ada terkasar bahasa or gambar-gambar kurang cantik diambil…nampak gaya kena belajar PHOTOGRAPHY selepas ni, kena pergi menuntut semula dengan Sensei Aizuddin Mohd, mohon adakan kelas intensif mengambil gambar-gambar cantik menggunakan kamera handphone lagi sekali ye Sensei 🤩.
.
Sepanjang berada di Japan banyak perkara kami pelajari secara informal juga, seperti budaya hidup bangsa mata sepet Japan ini yang amat berdisiplin especially bila menaiki train/subway. Setiap pagi dan petang di waktu puncak ketika memasuki stesyen dan memasuki coach tiada seorang pon yang MEMOTONG QUE, sungguh awesome. Semuanya beratur mengikut line…hebat sungguh. Dan lagi satu, kebanyakkan warga Jepun ini amat suka berbasikal, rata-rata disetiap rumah dan setiap stesyen akan ada special park untuk basikal, sebab tu susah nak jumpa mereka yang OBES (Mungkin yang OBES naik kereta sendiri kot) sebab tu tak jumpa 😁.
.
Di Japan juga, bilamana anda melintas jalan di ZEBRA CROSS, jangan risau…kenderaan akan slowing down dan berikan jalan kepada penalan kaki..this is also SUPER AWESOME 🤩.
.
Well, kami sebenarnya bertuah kali ini sebab dapat merasai dan menikmati suasana keindahan “SAKURA” blossom walaupun baru sedikit bermula kembang/mekar (jangan silap ye, hanya Cherry blossom yang dipanggil as SAKURA, ada juga Plum and Peach yang mekar cantik, tapi ianya bukan SAKURA).Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah ini. Kami difahamkan, SAKURA ni hanya kembang mekar hanya selama 2 minggu, dan selama berkembang ini rakyat Jepun dan penguatkuasa especially di taman-taman awam akan merayakannya dengan menyediakan tempat khas untuk “meraikan” kehadiran SAKURA blossom ini. Festival ini dinamakan “HANAMI” (what is HANAMI? => Hanami (花見, “flower viewing”) is the Japanesetraditional custom of enjoying the transient beauty of flowers; flowers (“hana”) are in this case almost always referring to those of the cherry (“sakura”) or, less frequently, plum (“ume”) trees.)
.
Apa-apa pon FUJI SAN (Mount Fuji) tetap magnificent, ciptaan Allah yang amat cantik yang kukuh dipasak ke bumi, menjadi penguat buat lantai bumi supaya kita semua makhluq ciptaan Allah dapat hidup dengan “STABIL”…Subhanallah, tak terfikir kan kita…apa fungsi gunung ganang ini sebenarnya? 😓.
.
Maka benarlah pepatah orang-orang tua berkata, jauh perjalanan luas pemandangan ❤.
.
Insya Allah, semoga Allah berikan peluang kepada kami lagi untuk “EXPLORE” alam ciptaan Allah ini dan merantau untuk menimba ilmu…طلب العلم من المهظ الي اللهد (Pelajarilah ilmu mulai dari buaian hinggalah ke liang lahad).
.
Semoga kita semua dirahmati Allah, dan dibeeikan kejayaan dunia akhirat…kaya berjaya untuk bantu ramai orang lagi kaya berjaya dunia akhirat…Allahumma yassir…aamin, ya rabbal aalamiin ❤.
.
Sampai jumpa lagi di Malaysia, insya Allah…Nihon de o ai shimashou ❤.
.
#TOKYO2020
#MYIPO
#JPOIPR
#AOTSTKC
#APICJIPII
#SIFUTRADEMARK