Kes Covid19 semakin meningkat. Kita tahu kebanyakan kes positif adalah bergejala.
.
Namun tahukah anda, ada juga yang tiada gejala tetapi positif Covid19. Ada yang tidak tahu mereka mempunyai Covid19, tiada gejala dan masih lagi berjalan di luar dan menyebarkan penyakit kepada orang lain. Inilah yang dinamakan penyebar senyap. Ini kerana gejala mungkin hanya muncul pada hari ke 14.
.
Disebabkan virus boleh disebarkan sebelum seseorang menunjukkan gejala, mengelakkan dari dekat dengan orang yang batuk, selesema atau demam mungkin tidak membantu sepenuhnya. Maka adalah baik untuk kita mengamalkan nasihat strategi kesihatan awam iaitu jarak sosial. Ianya dapat mengelakkan jangkitan antara orang yang sihat dan penyebar senyap.
.
Owh ya, penyebar senyap juga mungkin anda. Anda juga bertanggungjawab dalam isu ini. Jarak sosial atau duduk saja di rumah. Tentera di luar tu.
.
****Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan kepada anda oleh Zahari Affendi & Partners (ZAP) dan SifuTrademark.
.
.
#IntellectualProperty
#trademark
#zaplaw
#sifutrademark

Sources: Public Health Malaysia