SOALAN-SOALAN :-
.
1. Cara penggunaan Symbol ™️ and ®️ dan apa beza/maksud kedua-duanya?
.
2. Bolehkah kita menjual Produk/Servis kita yang brandnya tak pernah diapply Trademark?
.
3. Adakah brand kita tu dah sah berdaftar as Trademark bila dah masuk dlm database MyIPO, i.e. selepas beberapa hari submit Application di pejabat MyIPO (HQ di Bangunan UOA Bangsar, KL) or di Cawangan di Kuantan, Penang, Melaka, Johor, KK Sabah, Kuching Sarawak)?
.
4. Adakah kita boleh ambil tindakan enforcement dan saman orang yang meniru brand kita walaupun brand kita tak didaftarkan as Trademark (Singkatan Trademark adalah TM, bila dah daftar jadi kita guna symbol ®️, bermasud dah berdaftar)?
.
.
PENERANGAN & JAWAPAN
.
.
1. ( Jawapan untuk Soalan #1 & #3) . Apa beza symbol ™ dan symbol ® macam mana nak guna?. Ini antara soalan yg famous bila berdiskusi dan bersoal jawab dgn client.
.
Ok, baca ni betul2 ye, penggunaan symbol ™ or symbol SM di sebelah kanan atas@mana2 position ditepi brand/jenama bagi produk/servis adalah dibolehkan walaupun belum mendapat sijil pendaftaran TradeMark (TM) bagi jenama tersebut. Provided, jenama tersebut milik Tuan/Puan Usahawan (jgn pula ciplak or tiru apa yg ada di open source such as google dan edit2 sedikit jenama org lain tu then claim as ours).
.
Once dah buat pemfailan bagi permohonan pendaftaran TM dan telah mendapat sijil pendaftaran TM daripada MyIPO bg brand/jenama tersebut, masa ni baru blh letak symbol ® kerana ianya telah sah berdaftar as Trademark.
.
Selagi x dpt sijil pendaftaran TM tersebut daripada MyIPO jgn gatal2 jari jemari gebu tu nak letak symbol ® tu…
.
Bahaya tau Tuan/Puan…takut ada org bijak pandai x senang hati tgk…
.
Ingat ye Tuan/Puan Usahawan yg hebat, menjadi 1 kesalahan dibawah Seksyen 81 Akta Cap Dagangan 1976 jika meletakkan symbol ® tu tanpa mendapat sijil pendaftaran TM bg jenama terbabit terlebih dahulu drpd MyIPO, dimana anda boleh dikenakan denda tak lebih drpd RM500 atau penjara tak lebih 2 Bulan @ kedua-duanya sekali…Berat juga kesalahan ni…jgn main2 ye.
.
———————————————-
.
Sbnrnya once dah ada niat utk menggunakan jenama or memang dah gunakan jenama tersebut dah blh letak symbol ™ di sebelah kanan atas jenama tu, sbg Contoh :- “MAMBABILLY™” untuk Produk Sambal Hitam keluaran Syarikat Acutry Resources, no problem..paling tidak org akan tgk…uisshhh jgn main2 dgn branding produk ni, celik IP nih.
.
Tapi aware jgn letak symbol ® selagi mana x dpt sijil pendaftaran TM drpd MyIPO, salah jika berbuat demikian.
.
Menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 81 Akta Cap Dagangan 1976 (as above explained).
.
Ingat ye, yg symbol ® tu jer x leh letak lagi selagi x dpt sijil pendaftaran…jadi kesalahan kalau letak juga (as above explained).
.
Penggunaan Symbol ™ menandakan kita ada intention nak gunakan jenama or telah gunakan jenama tu as part of our marketing for our products/services.
.
Once dapat Sijil TM wajib guna jenama yang telah didaftarkan tu dan letak symbol ®.
.
Ingat…Kena ada penggunaan jenama tadi bersama symbol ®.
.
Kalau takder penggunaan…pon salah jugak….
.
Yakni bila dah dapat Sijil nanti dan tak guna jenama tersebut dan letak symbol ®.
.
Apa kesannya?
.
For our INFO, brand/jenama ni x blh suka2 hati dimohonkan utk didaftarkan as TRADEMARK “TM”, unless pemohon memang dah pernah gunakan or akn digunakan brand tersebut pada Produk/Servisnya nanti slps mendapat kelulusan pendaftaran from MyIPO.
.
Orang yang dah mendaftar Brand terbabit as TM wajib menggunakan TM tersebut.
.
Kalau TM tersebut sudah 3 tahun 1 bulan tak digunakan (dlm tempoh masa 1 Bulan before pendaftaran & 3 tahun slps pendaftaran), berkemungkinan pendaftaran TM tersebut dibuat dgn niat jahat (with MALA FIDE).
.
Pihak lain boleh memohon di Court of Law untuk TM itu dibatalkan (Expungement-INVALIDATION under Section 46 of TMA 1976).
.
Selepas dibatalkan, TM itu bebas untuk dipohon oleh pihak lain.
.
‐———————————————-
.
Lagi 1 IP Tips berkenaan conclusivity of a registered TM
.
Conclusivity of a Registered TM.
.
Conclusivity sesuatu TM berdaftar sebagaimana ditetapkan oleh Seksyen 37 ACD1976 selepas tamat 7 tahun pendaftaran tidak terpakai (ordinarily) kepada Trade Mark yang pada awalnya tidak mematuhi kriteria pendaftaran TM dibawah Seksyen 14 ACD1976 – Case Y-TEQ AUTO PART (M) SDN BHD vs XIR GLOBAL [2017] 3 CLJ 454
.
TM Berdaftar tersebut bila-bila masa boleh dimohon untuk expungement (CANCELLATION) dibawah Seksyen 45, dibaca bersama Section 37 + 14 + 10 (1) (d) ACD1976 .
So, kesimpulannya…walaupun TM anda sudah dapat sijil pendaftaran, jangan terlalu happy jika TM anda tadi sebenarnya pada awalannya tidak menepati pemakaian Section 14, Section 10 (1) (d) ACD 1976 & jika ianya diperolehi melalui “FRAUD” i.e. Penipuan.
.
———————————————–
.
2. (JAWAPAN untuk Soalan #2) Bolehkah kita menjual Produk kita yang Brand tadi tak diapply Trademark?
.
YA Boleh, Silakan Tuan/Puan yang bijaksana.
.
Ehh, ada orang bagi tau saya kalau kita tak apply TM tu kita X boleh berniaga gunapakai Brand tersebut…kena saman nanti. Sabar, siapa orang tu?, peguam? or IP AGENT yang ada pengalaman beramal as peguam @ IP agent yang grad LAW SCHOOL from any Univ. @ IP AGENT yang pernah belajar Undang-Undang Intellectual Property in Intensive Course?. (Sekarang ramai diluar sana yang claim tahu and pandai buat IP Intellectual Property ni, tapi mereka bukan ahlinya…Maka hati2lah Tuan/Puan, sila jumpa ahlinya/pakar bila ingin berbuat sesuatu !).
.
———————————————–
.
3. (Jawapan untuk Soalan #4). Adakah kita boleh ambil tindakan enforcement dan saman orang yang meniru BRAND kita walaupun BRAND kita tak didaftarkan as Trademark?.
.
Proses menghasilkan sesuatu harta intelek bukannya mudah, perlu diperah otak, tidur malam tak lena, makan minum tak teratur, masa banyak diluangkan semata-mata untuk menghasilkan sesuatu harta intelek tersebut dan banyak lagi pengorbanan yang lain.
.
Bagi trademark (Cap Dagangan), usaha membangunkan “IMEJ” & “GOODWILL” Brand/Jenama terbabit memerlukan usaha gigih yang berterusan dan semestinya melibatkan kos.
.
Sesuatu penceroboh “INFRINGEMENT” ke atas TM tersebut tidak boleh dipandang remeh. Seksyen 38 Akta Cap Dagangan 1976 dan Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 memperuntukkan hak-hak ke atas Pemilik TM yang telah diceroboh.
.
Namun begitu, Hak-hak untuk mengambil tindakan ke atas penceroboh hendaklah memenuhi kriteria berikut :
.
1. TM tersebut telah berdaftar di bawah Akta – provided, jenama itu “LAYAK” untuk didaftarkan sebagai TM (Macam mana nak mendaftar jenama sebagai TM?, ikut saja peruntukan AKTA, tak pandai?…SifuTrademark boleh bantu). ONCE TM anda telah berjaya didaftarkan, ianya adalah Milik EKSKLUSIF anda berdasarkan bukti “PRIMA FACIE” pendaftaran yang ada [Seksyen 35 & 36 ACD 1976]. Pemilik Sah kepada TM Berdafatar ini boleh mengambil tindakan penguatkuasaan enforcement action & civil action ke atas Penciplak/Orang yang meniru TM berdaftarnya samada melalui KPDNHEP (Saman Jenayah) or municipal authority or Saman Sibil di High Court untuk tututan gantirugi, or injuction or etc.
.
Inilah cara yang senang untuk mendaftarkan sesuatu Brand/Jenama. namun begitu ianya sering dilupakan oleh pemilik-pemilik Brand/Jenama. Relak la bro kepala tak berdarah lagi terhantuk bucu kayu 😅.
.
2. Jika brand/jenama itu tidak layak untuk didaftarkan sebagai TM, ianya masih dapat di “PROTECT” melalui pembuktian pencerobohan “PASSING OFF” di bawah Common Law. Sedikit susah dan memakan masa serta kos disebabkan perlu melibatkan court of law.
.
Apa maksud PASSING OFF “PO” = PO is a Common Law Tort yang diapply/diterima pakai di Malaysia sebagai 1 cara IP Enforcement “Penguatkuasaan” ke atas unauthorised use of a TM yang dianggap sama “SIMILAR” dengan sesuatu TM berdaftar/tidak berdaftar. PO ni melindungi GOODWILL seseorang peniaga daripada misrepresentasi oleh orang ramai.
.
Main requirement untuk membolehkan tindakan PO diambil ke atas Infringers adalah sperti berikut :-
.
1. Owner/Plaintif telah memperolehi “sufficient REPUTATION/GOODWILL” hasil daripada penggunaan Trade Mark @ “get-up”nya di satu-satu negara terbabit;
.
2. Tindakan Infringers/Defendan secara “likely to” @ “have” caused/menyebabkan MISREPRESENTASI kepada Public; &
.
3. Owner/Plaintif “suffered” @ “likely to suffer” damage/kerugian. Boleh rujuk kes [KEN HOLDINGS BHD & ORS V. SRI SELTRA SDN BHD].
.
Salah 1 Kes yang Famous berkaitan PO ini di Malaysia ialah kes infringement Jenama ROYAL COUNTY OF BERKSHIRE POLO CLUB + LOGO (Section 82 Akta Cap Dagangan 1976 memperuntukkan peraturan berkaitan TM tak berdaftar ini).
.
Kesimpulan, sayangilah dan lindungilah jenama anda.
.
Semoga dapat sesuatu disitu & semoga bermanfaat, sila kopipes utk manfaat orang lain pula jangan kita saja yg tahu ilmu ALLAH ini. 🤩🤩🤩
.
.
Untuk bacaan lanjut berkenaan INTELLECTUAL PROPERTY “IP” (HARTA INTELEK) silalah kunjungi fbpage SifuTrademark di Link Fb Page #SifuTrademark https://www.facebook.com/SifuTrademark/ or boleh whats app saya MD AZEZI HUSAIN @ ABDULLAH di
https://wa.me/60126729620… untuk sesi konsultasi PERCUMA .
.
Moga ALLAH berkati usaha kecil kami ini…insya Allah…aamiiin.
.
.
#IntellectualProperty
#Trademark
#Copyright
#IndustrialDesign
#SifuTrademark
#MAHA_IP
#WeareIPLOVERS
#EmpowermentofUMMAHviaIPOWNERSHIP ❤
#elakkenaciplak
#jangannasijadibubur
#tolonglahsayadalamusahauntuksedarkanmasyaraktsupayajanganmenciplak