COVID19 adalah satu perkataan ciptaan yang berjenis kombinasi i.e. verbal COVID + NUMBER 19 dinamakan untuk pengenalan kepada satu wabak/pandemic VIRUS CORONA yang sedang melanda seluruh dunia.
.
Ada 18 applications diseluruh dunia telah direkodkan untuk pendaftaran COVID19 sebagai 1 TRADEMARK. Samada ianya dibuat secara niat baik bona fide or secara niat jahat mala fide (mengambil peluang keadaan yang berlaku) untuk berebut memliki brand ini sebagai TRADEMARK.
.
Dalam perundangan melibatkan TRADEMARK hanya ada 2 Prinsip pemilikan berkaitan TRADEMARK bilamana timbul issue perebutan berkenaan TRADEMARK terbabit.
.
Seluruh dunia mengiktiraf samada Prinsip Perundangan 1st to use or 1st to file diterimapakai untuk menentukan siapakah pemilik kepada satu-satu TRADEMARK yang menjadi rebutan tersebut. Contohnya di Malaysia kita mengiktiraf Common Law Doctrine prinsip perundangan of 1st to use, means jika sayalah yang menggunapakai verbal *COVID19* i.e. Perkataan ciptaan (invented words/numbers = Brand) yang dicipta oleh saya sendiri pada awalnya maka sayalah yang ada hak untuk miliki TM ni nanti. Walaupun, ada orang yang lebih awal memfailkan permohonan ini di MyIPO, saya ada hak untuk membangkang dan juga ada hak untuk apply for expungement di Court of Law walaupun permohonan pihak lain tadi telah mendapat sijil TM.
.
Manakala contoh bagi Prinsip Perundangan 1st to file digunapakai di China, Indonesia, Filipina dll bermaksud jika ada seseorang telah memfailkan verbal + number COVID19 di dalam registry IPO China, maka sesiapa sahaja yang memfailkan permohonan yang sama akan dihalang dan dibantah untuk didaftarkan as TM.
.
Namun begitu…pihak IPO disetiap negara mempunyai kuasa yang penuh dibawah akta or peraturan berkaitan TM untuk tidak memberikan kelulusan bagi permohoan TM COVID19 ini kerana ianya melibatkan elemen public interest. Maka tunggulah wahai semua Pemohon…so far di Malaysia tiada lagi yang memohon untuk daftar COVID19 di MyIPO…Siapa nak cuba bolehhla apply 😁😁😁.
.
Lastly, patuhilah perintah kawalan pergerakan (PKP) 2020 dan kasihanilah semua warga Malaysia, janganlah sebarkan wabak pandemik COVID19 ni dengan meluas…Moga Allah selamatkan Malaysia dan hilangkan COVID19 di Malaysia dengan segera…Allahumma aamin.
.
Jika anda rasakan posting ini berguna, silakan share supaya lebih ramai yang dapat ilmu dan manfaatnya. Allahumma yassir. Tq
.
.
#INTELLECTUALPROPERTY
#TRADEMARK
#COVID19
#PANDEMIC2020
#PKP2020
#KKMCOVID19
#SAVEMALAYSIA
#WELOVEMALAYSIA
#SIFUTRADEMARK